• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ true hapiness ]


    hari ini, aku memang tak berdaya untuk melakukan tarawikh berjemaah,
    kepenatan semalam masih terasa, di ofis tadi pun ibarat separuh nafas untuk pejam mata,
    tapi tak boleh oleh kerana gangguan kerja dan permintaan itu dan ini ibarat artis.

    sengaja aku menulis lewat malam tak seperti kebiasaan waktu aku menulis supaya
    aku lebih mengerti isi apa yang aku tulis.

    ternyata gerak hati ini Allah letakkan pada mereka-mereka yang dikehendaki.
    aku sendiri tak minta tapi gerak hati membuka segala seribu cerita di sebalik sebaris skrip pementasan.
    andaian demi andaian aku buat, dan ternyata ianya benar,
    seperti mana di dalam doa, seperti mana ia terbukti.

    hebat kuasaMu Ya Allah, membuka hijab melihat hakikat sebuah kehidupan. 
    Dunia aku semakin matang, dan aku pasti, semua ini memang di aturkan, cuma aku yang terlalu lurus untuk memahami isi kandungannya.

    carilah sebuah hakikat kebahagiaan..carilah kebahagiaan sebenar.
    jika sekadar memenuhi tuntutan nafsu, ianya akan luput suatu masa,
    jika sekadar memenuhi kesepian semata, ianya akan hanyut di buai rasa

    sedar aku bukanlah siapa-siapa, datang tak di undang, pergi tak di halang.
    namun, aku punya satu kalimat yang aku junjung di mana aku bersemuka dan berbicara,
    gerak tangan aku juga begitu, kerana aku tahu....

    apabila gerak hati dan minda selari dengan tangan yang menghayun, itulah erti manusia yang jujur.

    sepertimana yang dipinta, sepertimana yang dipohon, 
    pasti aku tunaikan kelak, kebahagiaan sebenar nanti akan muncul,

    biarkan rasa ini duduk di sudut hati, 
    takkan biasa terungkap lagi..biar di asak dari malam hari berganti siang mentari.

    istikharah mohon petunjuk. jika benar, aku pasti aku akan mencintai
    jika tidak, mohon ia berlalu di bawa waktu, jauh dari segala.

    kay@luluhsamson 12.35am 



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)