Alhamdulillah..
sesuatu yang tak di sangka...
seringkali mendatangi kita...
itukah suratan dalam kehidupan..
atau sekadar..satu kebetulan...
malam makin larut, aku mengadap tablet aku ni sambil melihat astro ria di tv 32' hotel ni. langsung tak ada perasaan nak tonton.
baru dapat perkhabaran yang terengganu cuti ahad ini. Alhamdulillah, rezeki orang Terengganu lagi juara Sukma tahun ini. tumpang gembira. tapi sampai bila nak tumpang gembira kan?
bila difikirkan semula, mengapa harus bersedih dengan sesuatu yang telah lepas, membuang masa memikirkan kedukaan dan luka yang perit tetapi sebenarnya bisa sembuh. cuma kita sendiri yang meletakkan diri kita untuk tidak mahu sembuh, melihat ianya sebagai suatu protes senyap..membiarkan lara hati merawat diri.
sedangkan, banyak lagi warna warni dunia yang perlu di nikmati.ada manusia yang terpaksa bermuka-muka untuk mendapatkan kebahagiaan, sedangkan, bahagia itu milik Allah, dan ia datang dengan kegembiraan.
maka, carilah kegembiraan dan bahagia itu muncul.
terima kasih atas nasihat dan semangat yang di beri, bukan mudah untuk bangkit seorang diri, tapi percaya, dorongan akan buat kita yakin, ada pasti orang di sekeliling kita yang mahu lihat kita gembira.
malam ini aku biarkan dengan segala yang indah, jika mampu, muncul dalam mimpi dan aku akan aturkan cerita itu.
mari sambung menaip prestasi diri untuk setengah tahun pertama.
kay @room 23, pullman 12.11 am







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)