• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ matapelajaran umum ]


    Salam dari Kota Bharu, Kelantan.

    Mendapat arahan serta merta untuk menghadiri bengkel anjuran Kementerian Pengajian Tinggi bukanlah suatu yang menarik.

    Terpaksa re-schedule semua tugasan untuk hari ini. Fikiran mula berceramuk. Semua kerja punya deadline.

    Terlepas deadline, aku dead.

    Sepanjang dua jam perjalanan pagi tadi adalah suatu pengalaman yang lain.

    Memandu kenderaan sendiri ke Kota Bharu bersama manager yang peramah. Buatkan perjalanan rasa tak sepi.

    Tapi penat gak telinga.

    Lupakan.

    Sampai di Crown Garden Hotel, dah mula pun taklimat.

    KPT explain satu persatu, apa beza dulunya matapelajaran wajib (MPW) dan kini di tambah baik kepada matapelajaran umum (MPU).

    ok. Aku faham 4 tier yang dinyatakan dan aku cuba hitung kira perbezaan yang ada untuk institusi aku.

    Boleh rasanya implemen. Apapun, manager, you deserve to decide.

    Yang menarik pada tier 4, segala aktiviti pelajar yang bersifat kepimpinan dan insaniah, boleh mendapat jam kredit pada penilaian semester pelajar.

    Suatu penambahbaikan kepada kualiti bakal graduan. Penghargaan kepada pelajar yang meluangkan masa beraktiviti dan bepersatuan secara aktif.

    Dunia akademik kini dunia professional. Segala di kaji. Tapi yang menghidupkan kualiti akademik adalah sahsiah pelajar. Sahsiah dan akhlak datang dari rumah, dari keluarga.

    Keluarga yang baik akan jaga dunia setiap ahlinya dengan terbaik.

    Keluarga yang modernis dan simplistik akan menganggap akhlak itu adalah merentasi zaman, kongkongan itu kejumudan. Glamaris fesyen ibarat suatu perkongsian yang wajib di fahami, tidak memahami laksana dosa yang tidak terampun.

    Itu juga satu ilmu. Kategori. Matapelajaran umum.

    Apapun balik pada MPW dan MPU, nak tahu selebihnya, rujuk laman web KPT. sini bukan blog akademik. Ini travelog semata. Rujukan nenek moyang zaman siber kelak.

    Selesai jam 5, singgah di masjid Tok Guru Pulau Melaka.

    Suatu ketenangan ada di sini bagi yang mencari.

    Teruskan perjalanan untuk pulang.

    Kay@kotabharu 07.00pm

    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)