Assalamualaikum
Hari ini 31 disember 2012. Cuaca mendung. Semendung hati aku.
Pagi-pagi aku dah mengadap email office walaupun aku sepatutnya habiskan cuti dengan tenang. Apapun terjadi, aku harus bersedia untuk segala kemungkinan.
Bekerja dalam PETRONAS adalah suatu pengalaman dinamik, sentiasa bersedia dan responsif. Jika mahu bekerja senang lenang damai meriah, sini bukan tempatnya.
Catatan sepanjang 2012? Banyak pahit manis, gembira duka.
Dari semua-semua itu, hanya ada 1 cerita paling indah dalam hidup aku dan aku masih bahagia sehingga kini.
Ada kalanya di uji, hampir rasa mengalah dan bersalah, namun itu bukanlah penyesalan. Kerana Allah ciptakan kita berbeza, maka itu sebab kita harus menjadi pelengkap kepada pihak satu lagi.
Janganlah terlalu menilai dan berkira di dalam sesuatu perkara, apa yang penting jujur pada diri sendiri, nescaya nanti ia akan terbit pada diri orang lain.
Rindu ini adalah pinjaman Allah, pelihara dan hargai selagi masih ada. Mengadu pada Allah pada masa senang dan sukar
Persediaan untuk 2013? Ada beberapa perkara telah aku senaraikan untuk tindakan selanjutnya. Paling penting adalah aku upgrade, gajet aku menulis ini pun telah di upgrade kepada Ice Cream Sandwich.
Bagaimana dengan diri iaitu hati dan iman?
Sampai bila untuk kekal begini tanpa ada peningkatan?
~kay@Sabak Bernam. 12.48pm







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)