Alhamdulillah, hari ini sambutan Hari Krismas bagi mereka yang beragama Kristian.
Cuaca sangat terang. Tiada hujan sehingga jam aku menulis ni.
Aktiviti dari awal pagi, nak aku ceritakan tak larat. Tapi senarai di bawah leh membantu :
1. Bawa bola pingpong guna sudu
2. Dribble ball
3. Dam ular gergasi
4. Bouncing ball.
5. Futsal
6. Masterchef
7. Ballon megachallenge
Hari ini warga INSTEP yang ada keluarga join skali.
Aku belum ada keluarga, tapi aku gembira jadi sebahagian dari mereka.
Siapa tahu tahu tahun depan giliran aku pula bawa family :-)
Sepanjang 2 tahun lebih di Terengganu, aku serasi di sini. Cuma kadang kala kerinduan pada keluarga mengatasi segala.
Apapun, tahniah, malam ini ada orang nak belanja sate Pulau Rusa
[kay@instep01.06pm







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)