Jika ikutkan. Ini gambar semalam.
Sempat aku bermain satu set dengan sanusi.
Tenis adalah permainan aku sejak dari tingkatan 3. Orang yang mula-mula ajar aku adalah cikgu lajiman janoory. Lepas tu bila sebelah petang minggu, cikgu harun ngan en.mansur tunjuk aku.
Pengalaman aku banyak terarah kepada permainan double. Jika ikut rekod, hanya ada satu competition aku main single.
Memang tak boleh nak pergi.
Masa di kampung, partner aku adalah Nuar Pizin. Dia legend dan permainan dia lagi cantik. Spirit dia aku kagum.
Di dalam permainan tenis inilah aku belajar banyak perkara, bukan semuanya tentang power of shot, but ia juga ada art.
Konsisten adalah paling sukar dalam tenis. Sometimes, kita telah bersedia dari segi tenaga dan kudrat. Tetapi emosi dan motivasi turut mempengaruhi diri kita.
Seperti semalam, nyata dari segi kudrat, memang sanusi juara. Beliau bersungguh-sungguh. Sehingga pada game ke-5, beliau meninggalkan aku begitu jauh dengan 5-0.
Keyakinan dan fokus kembali ada, aku bangkit pada game seterusnya dan mengejar beliau sehingga game 5-3, 3 game aku kejar dalam masa 10minit.
Aku pun tak tahu bagaimana fokus itu datang semula.
Game dihentikan kerana dah azan Maghrib.
Memang tidak susah untuk kita jadi hebat. Asalkan kita mampu bangkit dan tetap konsisten. Kita akan berjaya.
Sebab itu dalam Islam, ada perkataan namanya Istiqomah.
Kay@kg.padangpolis 09.00am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)