• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ peta dan rahsia ]



    Selesai tugasan bahagian hari ini pada jam 11.00 malam.

    Sebelum sampai rumah, singgah sebentar di Pok Wan Kopitiam. Sambil menikmati nescafe tarik dan laksa Penang.

    Bersembang dengan abang ipar hafiz adalah suatu yang menarik.

    Menariknya adalah peta.

    Peta topografi adalah peta paling kompleks dan hanya di miliki oleh pasukan tentera sahaja.

    Segala kedudukan,ketinggian, keluasan, di dalam pengetahuan pasukan tentera sahaja. Orang awam tidak ada maklumat ini.

    Tetapi segala urusan pengkajian muka bumi dan design peta adalah kakitangan kerajaan berstatus orang awam.

    Integriti harus berada di situ.

    Seperkara lagi, ada rupanya kawasan-kawasan di dalam Malaysia adalah kawasan larangan bagi orang awam. Tidak ketahuan aku di dalam bab-bab rahsia. Apa perkara yang dirahsiakan, biarlah mereka sendiri simpan.

    Mahu transparen pun tengok pada tempatnya.
    Soal keselamatan menjadi faktor utama. Selagi mana Malaysia berharmoni. Kita akan hidup dalam sejahtera.

    Hebat perkataan 'rahsia' ini, buatkan orang tertanya-tanya akan sesuatu.

    Kay@pokwankopitiam.1230pm


    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)