• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ sahur hari ke-2 : macam tak percaya ]


    terkebil-kebil aku tanak nasi jam 3 pagi tadi. punyalah semangat nak buat nasi goreng pastu terlelap ayam sambil terkebil-kebil tengok kipas sambil layan lagu dan perasaan. rasa susah nak pejamkan mata.

    banyak perkara yang berlaku seharian dan kita tak sangka kita akan melaluinya. biarpun kita tidak meminta..tapi hakikatnya, kita berhadapan. mahu atau tidak, bersedia atau tidak, pokok pangkalnya, ia tiba. itulah namanya ketentuan dan takdir ke atas kamu.

    okeh, patah balik ke cerita asal. tepat jam 4.30, aku bangkit dan start potong bawang, then goreng xsampai 10 minit siap. guna perencah adabi. hehe..jadi. Alhamdulillah.

    memang aku tak percaya, dalam kedewasaan 23 tahun ini, pertama kali aku masak untuk sahur. entah apa yang membawa kerajinan aku ni. apapun, penghargaan untuk diri sendiri.

    apa yang penting, kita tahu diri kita siapa dan sejauh mana kemampuan kita. Allah tahu tiap-tiap apa yang kita kerjakan.

    dah selesai pun sahur 15 minit yang lalu. sekarang azan Subuh sudah berkumandang.

    selamat pagi Malaysia.
    kay@gongbadak4 05.54am



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)