cuaca sangat terik dan panas di luar, mahu buat aktiviti yang digemari agak terbantut, jadi berkurung sahaja di rumah.
ada buku untuk di baca, ada juga akhbar untuk di telaah, sambil ingat pesan alim ulama dan agamawan, penuhi hari-hari Ramadhan ini dengan zikir dan perbanyakkan selawat dan membaca.
jika semua hamba Allah tahu ganjarannya itu lebih dari memiliki rumah sejuta, pasti ada yang berlumba-luma untuk mengejar ganjaran itu. manusia dan ganjaran, memang tidak boleh di pisahkan.
maka, untuk mendapatkan terbaik pada akhirnya, bermulalah dengan baik, yang penting istiqomah, selalu ustaz aku pesan. Baiklah, perlahan-lahan, sesungguhnya Allah dah aturkan hidup kita sebaiknya.
petang ni ada baiknya, ambik snapshot kat bazar pilihan. nice buat collection pic tahun ini.
sape-sape nak ikut, sila call aku.
kay@gongbadak4 03.28pm







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)