• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ minggu induksi kini bermula ]


    setengah hari ini, aku berada di Dewan Sri Gelam.
    melayan karenah pelajar baru INSTEP sesi kemasukan Julai 2012.

    semoga mereka-mereka ini tidak menimbulkan masalah negara yang terbaharu. banyak aktiviti boleh di buat di sini. tinggal lagi mereka pilih sama ada mahu gembira cara baik atau cara tak baik.

    hidup ini sepatutnya dijalani secara gembira. jadi, jika kita gembira, kita sebenarnya mampu gembirakan orang lain juga dan pasti tidak mahu sesiapa bersedih biar sesaat.

    cuma, jika ada orang yang lebih gembira tetapi ada yang berduka atas gembiranya, maka anda adalah orang yang pentingkan diri sendiri. orang yang pentingkan diri sendiri tidak akan bertahan lama.

    why i am here? - tagline En.WanZul paling di gemari. aku pun suka.
    tanyalah pada diri sendiri. kenapa saya berada di sini.

    mengapa kita berada di sini jika kita sebagai hamba Allah tidak di ciptakan dengan sia-sia olehNya.

    Why always me?
    Why always us?
    Why i am here?

    kay @dewan sri gelam 11.54am



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)