Alhamdulillah, masih di beri kekuatan, hari ini bawa kereta jauh sedikit menuju ke tok jembal. berjemaah di sana. hari ini banyak aku lihat kenderaan, di perjalanan tadi aku lihat ada sekumpulan mat moto besar membesit laju tika azan berkumandang.
terfikir sejenak, jika terlalu rushing sekalipun, hormat la azan sedang berkumandang. apa pun, aku bersangka baik dengan segala. biarlah. cuma aku berpesan pada diri aku sendiri. apa guna ada kenderaan mewah sekalipun jika kenderaan itu tidak dapat membantu aku mendekatkan diri aku pada Allah.
ramai rupanya jamaah di masjid jamek tok jembal. penuh saf sampai tinggal 4 saf belakang. teringat satu text member aku dalam fb.. when the rakaat increase, the jamaah will be decreased by the time. aku sedar tentang itu..mari berdikit demi kebaikan. pahala untuk diri aku sendiri.
setiap kali habis 4 rakaat, imam akan mengetuai bacaan doa, dan aku percaya, doa itu suatu permohonan untuk kebaikan diri sendiri..tapi Islam juga menganjurkan kita mendoakan kebaikan orang lain di dalam doa kita. Janganlah kita ego dalam doa kita sendiri, mendoakan semuanya untuk diri sendiri, tidak mendoakan ibu bapa kita, kawan-kawan, teman, malah lebih jauh kita dari Rasulullah SAW.
tidak ada pernah doa di makbulkan untuk menjatuhkan orang yang baik. cuma yang ada doa orang di zalimi sahaja untuk memberi pengajaran orang yg menzalimi..tapi itu semua kerja Allah Taala.
ternyata aku berharap Ramadhan tahun ini bawa erti pada aku dan mereka di sekeliling aku. hari-hari yang dilalui aku harap dapat beri sinar dan harapan baru, biar tak seluruh, asal ada sedikit tetapi bermakna.
sesungguhnya, pintu-pintu kebaikan sentiasa terbuka.
kay@gongbadak4 10.52pm







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)