• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ adil untuk dibandingkan ?]


    selamat pagi dunia. Dari seawal pagi jam 6.00 dah celik dan kemaskan ruang tamu yang disepahkan. Haha..

    Cuaca tenang dan jiwa aku juga tenang. Banyak aktiviti hari ini untuk dijadikan pembakar tenaga yang sekian lama tersimpan.

    Esok dah mula berpuasa bagi seluruh umat Islam, merasai nikmat menjadi hamba Allah yang mana di antara sahur dan berbuka itu adalah ujian selama 8 jam. Dari situ kita lihat yang mana bijak mengurus ujian, yang mana sekadar melalui tnpa sebarang manfaat.

    Hikmah Allah jadikan Ramadhan adalah untuk kita menginsafi diri bagi kita yang berkemampuan untuk makan, merasai derita mereka yg berkais makan, zakat fitrah sebagai langkah untuk kita sedar, bukan semua yang kita ada adalah hak milik kita.

    Kerana itu yang membezakan kita. Miskin kaya, tua muda, lelaki perempuan, separa lelaki perempuan pun ada, adoi! .. jadi kadang-kadang kita selalu cuba untuk samakan semua keadaan dengan sesuatu yang telah lepas.

    Sedangkan siang berganti hari dan usia juga bertambah, maka itu juga merupakan perubahan. Tetapi adakah kita bersedia dengan perubahan? Melihat kiri dan kanan dan cuba untuk menjadi seperti kiri dan kanan juga.

    Apakah itu adil bagi diri sendiri? kita sendiri merasai kemampuan dan kelebihan yang ada pada kita. Kadangkala kita tidak sedar akan keistimewaan yang kita ada tetapi orang lain memerhatikan kita.

    Jadi, usah pernah cuba samakan diri dengan orang lain kerana setiap manusia yang Allah ciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Hikmah Allah beza-beza untuk setiap manusia, maka carilah pelengkap untuk diri kita, bukan untuk mencari kesempurnaan semata.

    Adillah untuk diri sendiri sebelum berlaku adil kepada yang lain.

    Tiada yang sempurna dan sesempurna selain-Nya.

    Kay@home 10.02 am



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)