• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ going back to basic ]


    tengah hari yang panas terik, tapi bunyi guruh.

    hari ini aku banyak habiskan masa di rumah. menjalani kehidupan aku yang dahulu. nyata aku rindu aku yang dulu.

    aku perlukab kekuatan dan sokongan untuk segala ini. percaya bahawa itu bukan mudah, tapi tak susah.

    Ramadhan ini aku rasa senang, tidak pernah aku fikir dan terlintas kesedihan aku lalui diganti dengan satu cerita yang buat aku tenang dan bersyukur.

    Nasib kita berbeza, tidak akan sama jalan cerita tetapi rasa tetap sama, gembira sedih, gelak nangis, tinggal lagi bagaimana kita aturkan segalanya.

    Banyak bercakap dengan diri sendiri, banyak juga aku berfikir. bagaimana sesuatu yang bermula itu akan di akhiri, jika drama macam cerita Dejavu  Di Kinabalu kita boleh tentukan siapa akan miliki Nadira, tapi cerita kita, kita tidak boleh tentukan sepertimana yang kita harapkan, walaupun kita boleh menjangkan.

    ingin pejamkan mata, tapi ada keresahan dalam jiwa.
    dan hujan semakin lebat membasahi bumi Gong Badak.

    biarkan hujan membawa segala perasaan ini, jangan sampai ia merasuk diri.

    kay @GongBadak4 03.15pm.



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)