• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ sahur pagi Ramadhan ke-4 : simple & worth ]


    entah rasa perut penuh dengan lulian semalam maa.
    sendawa angin pun bau lulian lagi, hadoi la untuk menempuh hari esok di ofis bersama bau lulian.

    jadi pagi ini aku buat ringkas menu, air milo and biskut jakob. cukup kenyang setakat aku rasa memandangkan target adalah untuk diet sihat setiap hari.

    so, nak maintain diet sihat, something yang ringkas tetapi ia sebenarnya membawa khasiat, badan kita sendiri tahu apa keperluan sekadarnya kerana ia masih mempunyai kilang simpanan untuk segala keperluan badan, tetapi kita yang leka, overdos simpan keperluan nutrien, sudahnya, jadi chubby macam aku. chubby pun ada jugak yang jadi perhatian. dush-dush. hahaha.

    bak orang ganu kata, hidup jangan jadi bolok wok, semua nak buat satu masa, karang ada yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran.

    kerana itu, apa yang ada di depan mata, itulah yang terbaik buat ketika ini, apa yang ada, hargai sepenuh hati biar ia hanya suatu benda yang kecil. kadangkala, satu sms ucapan 'selamat pagi', 'terima kasih' , 'okey bro' , 'keep in touch', ape-ape la yang simple, boleh membuatkan penerima berasa senang dengan kita.

    jangan rasa ia akan membuang masa kita jika raikan mereka di sekeliling yang menyayangi kita.

    kerana yang simple & worth itu juga boleh membuat hati terpana.

    waktu imsak dah masuk, so berhenti minum dan berniatlah puasa untuk hari ini.

    kay@gongbadak4 05.38pm



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)