memandang pelangi
pada remang petang
selepas hujan rintik
mentari kembali bersinar
ada yang suka menanti,
ada yang bila terlihat, teruja.
ada yang melihat lalu
meninggalkan sahaja.
pelangi itu biasa.
jika sepasang mata melihat dengan kata
pelangi itu tiada makna
kerana mata hanya membaca atas helaian kertas dan pena.
sedang pelangi itu 7 warna dari 7 petala,
hanya muncul selepas rintik
dan berlalu selepas terik mentari.
dan perlu menanti kembali bila hujan rintik turun
bukankah itu suatu yang istimewa?
kay@wakaftengah 08.17pm







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)