rasa nak tergelak dengan diri aku sendiri.
hari pertama, sahur kul 5 pagi macam tu,
hari kedua, terjaga jam 3 pagi.
hari ni, dengar azan Subuh baru terjaga..huaaa...terlepas sahur..nasib badan la..nawaitu memang dah set setiap kali habis solat Terawih.
jadi hari ini perut nyanyi lagu keroncong, petang sikit nanti makyong.
tapi apapun, hadapi dengan senyuman. senyuman pengubat jiwa lara, senyuman juga buat segala jadi indah.
gelak tawa, usik , membuli, semua tu mesti ada terselit senyum. senyum sebab puas dapat kenakan teman-temannya. takpe, ada hari boleh balas punye, ada aku kisah?
tapi sampai sekarang aku susah nak define, senyum and sengih. how to differentiate it ea? sape-sape ada idea, sila tinggalkan komen.
apapun, senyumlah dengan penuh berhemah, ni sepanjang masa senyum pun rasa pelik jugak. tapi, mereka yang paling banyak tersenyum sebenarnya paling banyak 1001 cerita disebaliknya.
dekati dan kenali segala isi hati kamu sendiri.
istiqomah dalam hari ke-3 ini dan kegembiraan akan menyusul
hari ni aku tunjuk gambar teman istimewa aku, nadira. =p.
rizal, ko jangan jeles.
kay@gongbadak4 09.02







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)