• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ pilihan di perjalanan ]


    pada ketika aku post entri ni, aku baru sahaja sampai di temerloh. mengantuk ya amat. dari mula perjalanan tadi memang dah sayur-sayur rasanya. berbuka puasa di dalam kereta adalah satu pengalaman yang unik kerana sambil memandu sambil berbuka, makan kuih yang aku minta officemate aku pesan suh beli.

    dengan keadaan aku yang sangat mengantuk ini  aku harap boleh untuk aku berhenti rehat dan pejamkan mata. cuba untuk kawal streng sampai ke rnr temerloh dan aku selamat sampai, Alhamdulillah.

    hanya ada 2 kedai air, 2 kedai makan buka, tiada pilihan yang banyak. apapun, keputusan dah di buat melihat dari beberapa pemerhatian.

    begitupun soal hidup. kita memang akan melalui soal pilihan. tidak kira apa jua bentuk pilihan, ada ketika, hanya satu sahaja yang boleh di terima dan menerima.

    jika sukar buat pilihan, agama sudah beri panduan dan syariat, maka letakkan agama sebagai asas  dan segala kebaikan seterusnya akan terjelma. jangan sekadar nafsu menguasai diri maka kita hilang pertimbangan lalu terus menerus membuat pilihan.

    ramai yang kandas di situ, aku juga pernah.

    syukur ada yang masih mahu aku bangkit, melupakan segala pilihan yang mustahil terjadi, hanya manusia biasa yang penuh dengan kisah suka duka, tapi masih sanggup mendengar segala musibah orang lain.

    terima kasih kembali. susah mahu mencari teman ketawa bersama, menangis bersama.

    kay@rnrtemerloh 10.22pm



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)