• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ ^^ ketawa bersama, menangis bersama T_T ]


    Alhamdulillah. hari ni selesai peperiksaan hari pertama Myanmar.
    selesai juga tugasan untuk rekod pelajar untuk diserahkan pada kementerian. Apa lagi ya, oh ya, pasal permohonan pelajar nak tukar jurusan. huh, serabut and bolok wok.( kalau salah tolong edit).

    Alhamdulillah, baru sahaja aku selesai berbuka puasa, teringin makan tomyam tadi, jadi aku beli la untuk makan sorang. hehe. lepastu ada ayam masak serai. huaaa...sedap woo..terliur la tu.

    hari-hari yang kita lalui sentiasa sibuk, tak kira apa juga kerja yang kita lakukan, nawaitu betul, InsyaAllah diberkati. dalam kesibukan kita itu, perlu ada selingan hilai tawa, usik mengusik.

    luangkan masa untuk saling senyum dan bergembira kepada yang tersayang juga yang teristimewa.

    semoga hari ini memberi kasih sejuta erti buat kita semua.
    tiada yang lebih indah dan berharga dalam diri kita apabila orang di sekeliling kita sudi ketawa,sudi menangis bersama.

    mampu menerima kita seadanya, biar diuji dugaan berat suatu masa dulu dan dia membangunkan kita balik dan membawa semula ke cahaya baru.

    terima kasih dan sama-sama kita menuju rumah Allah.

    kay@gongbadak4 08.30



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)