hari ini aku terlewat beri ulasan blog aku. bukannya sibuk sangat, cuba banyak bergerak yang membataskan aku dari menulis di tablet ini.
seronok melihat karenah pelajar dan ibu bapa yang datang untuk mendaftar selaku pelajar baru INSTEP sesi julai 2012. selamat datang aku ucapakan. ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.
tugas aku pada pendaftaran ini tak cukup ketara kerana tugas hakiki aku hanya akan bermula pada esok petang selepas selesai pelajar mendaftar dari Sabah dan Sarawak. kepenatan memang tak terhingga.
nak kirakan malam ini aku ingin berada di Dewan Sri Gelam, apabila hitung kira, masih belum selesai tugasan aku di bandar. Silap perhitungan cuci kereta waktu malam sangkakn tiada orang. ruapanya di depan aku ada 6 kereta menanti. aku nak patah balik dah susah nak reverse bagai, jadi maaflah en.zairul ya. :-)
kadang kala, ada sesuatu perkara kita tidak pernah terlintas kita lakukan akan di aturkan oleh Allah. kita buatlah macam mana sekalipun, ada sesuatu yang sangat membuat kita terfikir, jadi ada ketika, ada perkara itu tiada jawapan sempurna.
namun, pergerakan badan menceritakan suatu rasa yang sukar diungkapkan, paling mudah dan indah adalah senyuman. senyuman buat kita tenang, gembira, terpana, walaupun pertama kali berhadapan. kebanyakan senyum bersifat natural datang dari hati. ianya sukar di bicarakan. sungguh sama sekali.
apapun, bagi aku. hari ini adalah hari indah. hari permulaan yang tidak pernah di sangka. apapun, percaya pada rasa hati, yakin sesuatu itu tidak akan ditakdirkan oleh Allah dengan sia-sia.
mari aku kongsikan gambar pendaftaran pagi tadi. harap esok masih ada tenaga untuk beri ceramah pada pelajar. aduhai.
kay @gong badak 11.01pm.







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)