jadual pagi ini agak padat, perlu disusun sebaik mungkin, perlu pastikan itu ini tidak lari dari jadual supaya hasilnya di perolehi seperti di jangka.
cuba memenuhi segala janji dan permintaan, maka tetapkan pendirian, jika kuat, tiada apa yang perlu di risaukan.
apa yang penting niat. mulakan sesuatu itu dengan niat kerana Allah Taala, bukan kerana mahu mendapat pujian, bukan juga imbuhan, kerana itu tak kekal lama.
Biarpun usaha kadangkala tak dipedulikan, dicemuh malah diketawakan lagi diperbodohkan, namun, kita yang tahu apa yang kita mahu, selebihnya serah pada Allah.
Hidup adalah segala yang kita rasa.
Ramadhan ini penuh dengan rasa ketenangan pada hari kedua. Ya Allah, tetapkan hati aku hingga hujung nyawa.
Nawaitu Lillahi Taala
kay@gongbadak4 09.30am







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)