• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ susun atur = sepah tabur ]


    baru aku sedar, yang kehidupan aku selama ini sentiasa di sepahkan. bertabur. yang buat, adalah aku sendiri.

    memang ada kajian, dan terbukti, memang ada spesies orang yang memang hidup dalam keberteraburan. bilangan banyak di tujukan pada lelaki. ya. aku setuju. tapi tak semua.

    bagi aku sendiri, bukan aku mahu sepahkan atau tabur. life aku sebegini, bila kemas, otak aku jadi berhenti berfungsi, ibarat tiada apa yang mahu dilakukan kerana semua telah teratur.

    sebelum balik tadi, aku cuba kemaskan segala kertas yang ada di atas meja aku. dah kemas..aku lupa mana kertas yang aku nak pakai untuk malam ni. haha.. separuh jalan, dah fedup.

    jika Allah sudah aturkan hidup dan takdir kita sebaik dan sesuai dengan diri kita, mengapa kita mesti taburkan ia? apakah ianya tidak sesuai dengan zaman maka kita abaikan apa yang di pesan, apa yang di suruh, apa yang di cegah.

    apapun, berusahalah untuk susun kehidupan sehingga hari tua. tiada siapa nak uruskan diri kita kalau tak kita sendiri.

    [ hari ni tiada gambar. maaf ]

    kay @wakaf tembesu 08.37pm


    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)