• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ saat untuk menilai diri dan orang lain ]


    ofis sudah jadi rumah kedua aku. sepatutnya malam sebegini berada di masjid dan bersama-sama dengan jamaah untuk bacaan Yasin pada kebiasaan malam Jumaat. apa nak jadi pada aku ni.

    pandangan umum akan menilai diri kita, even perkara sekecil kuman pun akan jadi penilaian. kerana itu hidup kita sebenarnya banyak ditentukan oleh penilaian orang lain, mereka menjadi cermin kepada kita.

    apa yang penting, adakah kita jujur menilai diri kita sendiri? apa yang kita mahukan sebenar-benar mahu? mengharapkan kesempurnaan supaya di nilai mulia dan hebat di mata manusia yang kadang kala dipengaruhi nafsu dalam menilai.

    kerana itu Allah beri gabungan mata, aqal dan hati untuk melihat segalanya sebelum menilai, dan apa yang terlafaz, tergerak dan terlangkah itu menjadi keputusannya.

    apapun, don't too fast jump into conclusion. kerana dalam satu perkara yang kita lihat ada 1001 cerita disebaliknya. pengalaman mendewasakan aku. dan aku percaya, penilaian perlukan ruang dan masa.

    jadi, berilah peluang dan aku sekarang berikan peluang pada sesiapa untuk membuktikan apa sahaja.

    masa untuk pulang, dan pejamkan mata.
    sekarang bukan masa untuk berharap impian jadi kenyataan.

    kay@ workstation 08.50pm



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)