jam sudah 4.16, masing-masing cuba meloloskan masa pulang seawal mungkin untuk pulang ke kampung halaman tercinta. aku? masih berkira-kira dan aku sendiri tak tahu apa yang aku fikirkan. mahu pulang atau tidak.
hari ini berakhir sudah minggu induksi pelajar. tahniah kepada semua yang terlibat dari mula hingga akhir. kalian memang best dan sangat komited. buat semua pelajar kesayangan, saya hargai dan semoga berkat hidup anda sepanjang zaman.
semua ini terjadi dengan baik, kita bersedia dan sehati sejiwa. adat ada terlebih kurang, di maafi dari hati.
sesuatu yang bahagia tidak datang dengan mudah, biarkan ia dilalui dengan aliran hari dan waktu. jangan pernah di paksa kerana paksaan buatkan ianya jadi tak sesempurna yang kita mahu.
maafkan untuk segala rasa hari ini dan mendatang, sebelum menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak. semoga Allah menerima segala perubahan pada diri kita, dan ada cahaya di hujung lorong sana.
senadakan rasa hati.
kay @workstation 4.51pm







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)