• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ taat dan hormat ]


    hari ini adalah hari kedua peperiksaan Myanmar dan merupakan hari ke 5 semua umat Islam yang waras berpuasa. Alhamdulillah, masih cergas untuk melakukan pelbagai aktiviti.

    peperiksaan ini harapnya agak berjalan dengan baik. yang menariknya, seating dah ditentukan. macam dalam kabin pesawat je.

    Ramadhan tahun ini amat bererti untuk aku. Kembali aku ke diri aku sebenar, dengan dorongan dan sokongan rakan-rakan baik dan teman sekeliling, membuatkan aku rasa semangat aku kembali di landasan.

    Memang Allah sengaja menguji keimanan aku, kekuatan mental aku, emosi aku, dan Allah hadirkan mereka-mereka yang baik untuk aku bangkit dari dunia khayalan. Terima kasih semua.

    Semua ini terbina dari rasa percaya dan saling menghormati. Terdetik seketika, apakah nilaian sebenar jika kita perlu meletakkan pendirian, apabila masa kita perlu hormat, pabila masa kita perlu taat.

    Hakikat yang aku fahami dari pengalaman dari jalanan dan pandangan, hormat tak semestinya taat, tetapi taat itu sendiri merupakan lambang hormat. Bagi aku, taat merupakan suatu kebergantungan kita pada sesuatu, paling mudah untuk aku cakap, taat pada perintah Allah dan Rasul. Taat pada ajaran Islam.

    maka, jelas untuk aku katakan, jika kita tidak taat, kita tidak termasuk dalam golongan itu.

    hormat pula, kita tidak bergantung padanya tetapi masih memupuk nilai murni di dalamnya. seperti contoh dekat dengan aku, menghormati wanita dan menghormati orang yang lebih tua. Walaupun kita tidak mengenali wanita di sekeliling kita, tetapi jelas di dalam Islam, kita harus menghormati dan melindungi wanita kerana sifat fitrahnya yang halus biarpun pada fizikalnya nampak gagah.

    Kita sering tersilap, begitupun perwatakan fizikal, juga mencerminkan dalaman. Ada insan yang kelihatan gagah sebenarnnya tidak sekuat mana. Dek kerana mahu di lihat dihormati dan berpengaruh, ego dijujung lalu ia dapat memayungi orang disekelilingnya supaya orang lain taat padanya.

    hormat lahir dari rasa kasih sayang. menerima kebaikan yang ada sepenuh hati, dan melindungi kekurangan yang ada sekuat kudrat. percayalah, orang yang tulus menyayangi seseorang, akan dihormati, itu falsafah hidup.

    hormat tak semesti taat, tetapi apabila taat, pasti ada hormat.

    kay@dewansrirhu 09.57am



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)