• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ live @ Bazar Ramadhan Gong Badak ]


    Meriah suasana di sini selepas hujan lebat tadi. Penuh jutaan umat manusia datang berduyun.

    Yang datang bawa bakul barangkali banyak mahu di beli. Siap anak-anak sebagai tentera tambahan.

    Ada juga yg datang sekadar cuci mata. Ada pula yang beli sekadarnya tapi hilang sabar kerana kereta kena block dengan kereta lain. Nasib badan.

    Time ku menulis ni, aku lepak atas moto lagi, helmet pun tak tanggal lagi. Saje ambil mood nak tengok kiri kanan, lepas ni baru ambik gambar dan upload kasi jelas sikit.

    Pilihlah juadah yang ada gemar, jangan membazir, amalan sunnah jangan tinggal biarpun hari pertama, semangat membeli bagai tak jumpa makan setahun.

    Rezeki para peniaga, di doakan murah hendaknya, jujur adala kunci utama anda berniaga dengan berkat.

    Siap sedia untuk membeli, tapi sorang-sorang ni nak makan apa pun tak tau sebenarnya. Ikutkan gerak hati.

    Bismillah dan selamat berbuka puasa
    Niat berbuka dan makan dengan cermat, buat tersayang, makan elok-elok.

    Kay@bazaar 07.05pm



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)