Alhamdulillah...aku baru sahaja celik dari tidur aku, kepenatan sepanjang 8 jam perjalanan dari Gong Badak-Sabak Bernam. Bangun sebab tak bagus tidur sewaktu Asar ini.
Apa yang membezakan travel aku kali ini dengan travel sebelumnya?
Biasa aku travel selepas office hour jadi aku akan sampai di kampung jam 2 pagi macam tu, jalan sejuk je.
tapi kali ini, lepas sahur aku gerak, dengan berbekalkan roti 70sen dan air tin yeos anggur sewaktu bersahur dan cuba maintain fitness sepanjang perjalanan. nyata sangat mengantuk lebih mengantuk dari drive malam. then, i had decided to stop and sleep at hentian maran. pejam mata dan terlena setengah jam.
memang segar semula, meneruskan perjalanan sehingga sampai di kampung halaman, kelajuan kereta aku tak dapat pastikan, tapi jujur aku cakap, spesies pemandu rali ni, 80kmj mcm lagi laju orang bawa basikal. hahaha..ini yang aku rasa, apapun, utamakan keselamatan.
sesampai sahaja di kampung, aku mencari kedai stokis dxn terlebih dahulu, bukan kedai sesiapapun, kedai mak kawan aku sendiri. mencari satu barang yang gagal ditemui di terengganu,tapi sampi kat kampung ni, berlambak benda ini wujud. haha.
Alhandulillah, aku dah tunaikan hajat orang, janji ditepati dan dihargai macam capati. Lama tak makan chapati. malam ni lepas terawih cari la kejap kot. Layan..
Selepas itu, aku singgah kedai Aircond Ah Heng and kedai jiran dia, minta tolong tengokkan radio dan aircond. Ternyata seperti di jangka, compressor dah takleh function. :-( .
Dugaan time pre-raya. Sabarlah wahai hati, apa yang penting, jiwa kena tenang. Balik sampai je halaman, berderau hujan selebat-lebatnya meraikan kepulangan aku. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi.
Cuma tak pasti, dah berapa kali kamera speed trap kesan kereta aku. hahaha.
Petang ini ada majlis berbuka puasa di surau sebelah rumah aku ni :-). Mari bersiap-siap.
buat yang tersayang, selamat berbuka puasa
kay@tebukpulai 06.53pm







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)