syukur masih bernafas, tidak leka dan alpa dengan permainan dunia. masih berusaha mendidik hati agar tak terus terlena.
malam ini aku usaha untuk tarawikh tengah malam sikit. baru sahaja menziarahi Kak Noorrinah di KTS selepas berbuka tadi. masa berbuka tadi sempat juga aku tengok episod akhir dejavu di kinabalu.
benar, bukan mudah untuk memberi hati pada seseorang dan bukan mudah untuk meninggalkan seseorang yang mana kita telah terpaut hati. sama sahaja susahnya. ia mengambil masa untuk sesuai dengan keadaan, keadaan satu jadi dua, dan dari dua jadi satu.
sedap juga angin malam di Pulau Warisan ini, sambil menyaksikan pertandingan memancing di waktu malam. ramai juga yang jadi penonton, ramai juga mencuba nasib di laut China Selatan ni. siapa dapat, rezeki Allah bagi malam ni. yang tak dapat, Allah suruh ikhtiar lagi.
ada hikmah di sebalik usaha dan ikhtiar, bukan mudah untuk menerima sesuatu keputusan yang tidak memihak pada kita, kerana kita terlalu berharap pada usaha dan keputusannya sepertimana yang kita usahakan.
maka, ada yang rasa kecewa, duka nestapa, hampa, merana, sampai satu tahap, serik dan fobia. itulah bahana apabila usaha mengharap ganjaran terlebih dahulu.
pengalaman mengajar aku, lebih matang dan tidak cepat rasa hampa. betul kata fairuz, be objective, tak perlu kenang pada yang tak sudi, masih ada peluang di luar sana yang masih ada untuk menghargai diri kita. bebaskan diri dari rasa segalanya hak milik kita.
lidah tidak bertulang, sebebasnya berkata. ada kata di lafaz dengan nafsu, ada kata di lafaz tanpa rasa, ada kata di luah dari luhur hati.telah aku luahkan segala rasa, jika ditolak tepi, aku tidak kisah, sebab kita yakin Allah telah sediakan yang terbaik untuk kita.
biarlah, aku lebih yakin janji Allah dari janji manusia, bijak berjanji,xsemestinya bijak menunaikan. yang penting, usaha sebaik mungkin.
Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.
kay@pulauwarisan 10.36pm







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)