Salam sahur kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Pagi ini Subuh hujan kembali membasahi bumi Tebuk Pulai, nyaman terasa. Alhamdulillah, rasa sangat selesa di pembaringan ini. Sambil sekali sekala melihat mood dan perasaan kawan-kawan di FB.
Pagi ni aku nak menulis pasal semalam. Sepatutnya sebagai travelog, aktiviti perlu dicatatkan secara terus menerus. Tapi tangan semalam banyak bersalam, dan mulut rancak bersembang, makanya, henpon dalam poket saja.
Rasa sangat teruja kerana dapat berbuka puasa di Surau Batu 1 Tebuk Pulai dengan orang kampung aku sendiri, memang hari semalam adalah hari bertuah aku. Pengisian aktiviti cukup padat dan menyeronokkan.
Aku anak kampung, pemikiran maju. Tapi masih punya tradisi yang diwariskan.
Lauk berbuka semalam memang sangat membuka selera aku, lauk kampung origin made. Ikan kembung goreng, sayur bening, ayam masak kurma, ulam-ulam, n paling best, sambal udang petai. Heh.
Selesai sesi berbuka, now turn to solat Maghrib berjemaah, dan diikuti dengan amalan bacaan Yasin di malam Jumaat ini. Since tok imam 1 pegi umrah, paklong aku Hj.Shafie jadi imam bertugas, ayah aku jadi bilal malam ni. Even keluarga di kampung ni xbesar mana, tapi muafakat sehingga hari ini sangat kuat. Rasa selamat dan yakin di sini.
Selepas solat tarawikh 8rakaat, ada lagi majlis khatam Al-Quran, anak kepada Cikgu Mazlan, umur 12 tahun. Alhamdulillah, berkat didikan sempurna, semoga menjadi pelapis bangsa Malaysia yang seimbang dunia dan akhirat.
Amiin.
Aktiviti tak habis di sini, diteruskan dengan majlis penghargaan oleh AJK Surau kepada penduduk kampung, pemberian kain pelikat dan batik oleh kerajaan negeri Selangor, yang diwakili oleh Tok Imam sendiri.
Suprisingly, aku pun dapat, pada mula aku bagitau tok imam, bagi yang jadi jemaah sini dulu, kalau ada lagi baru lah ke saya, haha. Sebab aku tak harap pun. Akhirnya aku dapat juga, rezeki Allah bagi.
Syukur.
Dah habis menulis? Tak lagi. Ada moreh lagi. Nak tau apa menu dia? Ambik aku, sate 500 cucuk, 10 batang lemang, makanlah ramai-ramai, dengan perut separa full, aku bedal 10 cucuk je, n rasa lemang. Memang terbaik.
Indahnya dan permai bumi Tebuk Pulai. Syukur aku masih menikmati saat-saat ini. Biarpun ada rasa yang bercelaru saat ini, aku tinggalkan seketika, sampai masa jika ia kembali, akan aku jaga seperti biasa.
Kay@tebukpulai 06.35am







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)