Selamat pagi semua warga internet seluruh pelusuk Malaysia yang dapat membaca entri aku ini.
Hari ini adalah hari Rabu bersamaan dengan 4 Syawal 1433H, fyi, entri ini telah di tulis sedikit sewaktu di perjalanan dan aku suka update pada waktu tengah malam.
Hari ini adalah hari aktiviti tahunan bagi the 6 Anggerik SKSM punya baraan pula. 6 Anggerik merupakan salah satu kelas time aku sekolah rendah di Seri Makmur Sungai Besar. Masa ini, aku jadi Ketua Pelajar dan sangat hensem pada ketika itu (maintain sampai sekarang) dan Hafizi Isnaini sebagai Ketua Kelas 6 Anggerik.
Hubungan kami di sekolah macam adik beradik. Sampaikan toilet tingkat atas block baru itupun kitaorang punya zon. Kat situ la kitaorang kurung pahrol (ni agenda Cece & Alip) dan kitaorang tersangatlah happy happy. Masa tu cikgu kelas kitaorang Cikgu Siti Aminah Hay Abdullah (isteri YB Rahman AP Sabak Bernam).
Banyak lagi aku nak cerita, tapi ini cerita tahun 1997 dulu. btw bila di kenang, memang terasa indah. =)
Ok, berbalik pada cerita baraan geng sekolah ini.
Seperti biasa, aku cuba aturkan dan tengok respons daripada kawan-kawan. Mulanya macam dah patah semangat sebab bukan apa, ramai orang kuat sudah berkahwin dan komitmen pada keluarga membataskan pergerakan baraan ini. Terasa macam tahun depan nak susun dah tak boleh sangat. Macam Hafizi, Naim, Syima, Sarah, Kema, Faizah, Amini, semua dah kahwin.
Aku je...belum..
Aku cuba jugak, buat notis event di Facebook dan SMS juga ke kengkawan. Alhamdulillah, aku tak kisah pun ada berapa orang, 4 orang pun dah cukup besar rahmat. So pada pagi tu, aku, Syima, Amini dapat dikumpulkan di rumah Naim dan isterinya Yani sebagai lokasi pertama. Ada anak lagi tu. Syaurah Aqilah. Sedap nama anak. Arghh....hahaha. Si Amini bawak isteri dia, Syima bawa kad jemputan kahwin dia. Aku bawak ape? aku bawak diri sudey.
Selepas dari rumah Naim, dapat green light pergi ke rumah Kema, family dia buat rumah kat tanah lot bekas kawasan kebun sawit, dan rumahnya sangat cantik, dua tingkat lagi. Rumah itu pun berhadapan dengan rumah Najla, member satu kelas jugak, tapi tahun ini dia tak join sebab dia di luar kawasan liputan. Tengok rumah pun nampak kosong je.
Kema pun dah ada anak, Arash. Haha...lepas sorang, lagi sorang ada anak. =).
Selepas ke rumah Kema, kami semua berangkat ke rumah the hardhearted girls in the planet, Cik Senah. Toke blog (hasnahweb.blogspot.com), muka dah macam mek kelate tapi asal Sabak Bernam. Haha. Why i called her hardhearted, sebab dah nak buat PhD....tergamam aku ngan syima bila sembang-sembang pasal apa yang dia tengah buat sekarang, aku nak buat master pun terkial-kial nak plan, dia laju je. Dah jiwa dia minat nak belajar, so we pray for your successful senah. Seronok bila sembang hal akademik, nampak macam sangat berilmiah dari cerita gosip ntahpape.
Next is rumah Cece a.k.a Nasiruddin Khairuddin. Ayah dia merupakan salah sorang cikgu kat sekolah menengah aku. dan aku kawan dengan Cece ni dari zaman kecik lagi. So memang kenal sangatlah, masing-masing dah ada kerjaya dan most of my close friend pergi ke bidang kejuruteraan. Sangat mengkagumkan dan aku doakan semua berjaya.
Tepat jam 1.00 tengah hari, rumah seterusnya adalah rumah Syima. Disediakan pecal buat santapan tengah hari. Tak terasa pun nak cari nasi di waktu tengah hari sebab seronok beraya dan menziarahi rumah kawan-kawan. Aku dan cece tunaikan solat zohor berjemaah di rumah Syima je. Macam naim dengan Amini, diaorang ini boleh lagi buat jamak dan qasar solat. Kami yang dah berlebihan hari di kampung halaman ini.
Haha.
Selepas zohor, kami meneruskan destinasi ke rumah Hafiz Amini, seronok tengok couple ni, dah kawin pun berkepit je. Macam belangkas. Kelakar tengok gelagat Amini dengan isterinya namanya Rozi. Takpe, dah halal ape ada hal kan? Bila amini bukak cerita, barulah aku realize that most of my clique belajar di univ. yang sama, UTEM. aku jugak yang tercampak nun jauh di UUM sana. serasanya aku masa matrik johor pun, aku juga yang terasing dari mereka semua ini. Btw, ada hikmah sebalik kejadian kan ?
hadapi dengan senyuman =)
selepas di rumah Amini, mendapat panggilan Ketua Kelas Hafizi jemput ke rumahnya. Kami pun pergilah beramai-ramai. Sangatlah seronok. Kerana pada tahun-tahun sebelum ini, rumah Hafizi yang kami jadikan lokasi pertama, oleh kerana tahun ini Hafizi and isterinya Syida kena ikut family beraya rumah saudara mara, so kami ubah plan lain tahun ini. Makanan paling unik dan express dari Hafizi, kuih cakui dan rojak buah. Simple but sedap. Haha.
So kami ambil gambar bersama-sama di laman rumah hafizi dan meneruskan perjalanan ke rumah Faizah pulak. Terasa masa berjalan sangat cepat dan kami baru beberapa rumah untuk di kunjungi. Sampai di rumah faizah, di sambut oleh anak kecil dia bernama Islah ( ye ke nama anak kamu ni Faizah?). Cikgu Aini, ayah kepada faizah ini adalah cikgu muzik kami semua masa darjah 3 dan 4. sangat seronok belajar muzik, paling aku tak lupa masa cikgu aini ini pernah ketuk tangan aku guna rekoder pasal tiup rekoder suka-suka hati masa kelas tak mula lagi.
Tapi kesannya sekarang, aku jadi orang juga. terima kasih cikgu. =)
Destinasi terakhir, aku bergerak jauh sedikit luar dari lingkungan bandar sungai besar, pergi ke kawasan kampung sawah padi di Tali Air 10 Pasir Panjang, ke rumah mertua Azri, sebab dia buat majlis hari lahir anak dia. Nama anak dia ringkas dan mudah disebut, Wafa. Se simple mind sidang jugak la aku rasa.
Jam sudah 07.30 petang, kami semua beransur pulang.
Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan masa zaman sekolah rendah dahulu, suka duka kita bersama sebab kita adalah batch 1 UPSR dengan 5 subjek dan sekolah kita jadi 1 di Sabak Bernam skor 5A paling ramai. tapi aku cuma dapat 4A dan di offer ke St.John School. tapi tak lama, balik ke SMK Sungai Besar.
Alhamdulillah, aku berehat dalam sejam setengah, aku mohon keluar selepas Isya' pada family aku untuk aku pergi pula ke rumah nenek Ollie untuk menziarahi Ollie. Biasalah, dunia ini kecik je, rupanya mak ollie orang Sabak Bernam, dan kali ini ditemani oleh bos Ollie sendiri, En. Masrul, sebab isteri en.masrul orang Sabak Bernam. Kami beraya dan aku menceritakan pengalaman aku kerja sebelum join PETRONAS ni. Seronok mengulang kembali cerita gembira sedih masa di Pusat Khidmat Rakyat DUN Sabak.
Hahaha..sape cakap orang Sabak Bernam tak popular. Hihihi.
Mata sangat sepet, tak larat nak menaip panjang-panjang lagi.
sekian untuk 4 Syawal ini. esok ada aktiviti lagi.
kay@tebukpulai 12.30pagi









0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)