petang ni, aku duty jaga exam untuk staff Kimanis project. ada 21 orang yang macam-macam karenah, rasa mengantuk yang tak pernah habis.
dah dua hari rasanya tak menulis di sini, karya ada nak di tulis, tapi aku yang berperang dengan diri sendiri, nak tulis ke tak tulis ke tak, sudahnya tertangguh juga.
tapi jiwa aku takkan lari dari menulis, suka sedih,gelak muram pun aku tulis. sebab aku tau, bila aku tulis,aku akan tau apa yang terjadi pada aku pada setiap hari.
kita menulis diri sendiri dan kita menilai apa yang kita buat.
yang bagus kita meritkan. yang kurang kita perbaiki.
Ramadhan semakin laju meninggalkan aku, sedang amalan aku di bulan Ramadhan ini pula tak cukup laju untuk bersaing, tapi aku bersyukur, ada banyak perubahan aku rasakan, biarpun tak sebanyak mana.
"berungtungnya mereka yang lebih baik dari semalam, tetapi rugilah bagi mereka yang sama dengan semalam, tetapi celakalah mereka yang lebih teruk dari semalam".
kerana itu, jadikan diri kita di nilai setiap hari lebih baik dari semalam. dan pilihlah teman yang membantu kita ke arah yang lebih baik.
baik tak semestinya jadi alim warak. even pesan dan nasihat juga satu bentuk perubahan.
kerana aku percaya, tiada sesiapa yang di dunia ini yang tidak mahu hidupnya dilengkapi.
dan aku bersyukur.
terima kasih sudi berkongsi susah senang hidup ini.







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)