Di pertengahan pagi di pertengahan Ramadhan 1433H.
Saje aku ambil angin pagi di Pantai Batu Burok ni, tengok suasananya. Hari ini agak mendung. So nak snap view yang aku idamkan tak berapa jadi.
Simpan balik DSLR ni.
Hitung kira mahu gunting rambut lepas ini. Tapi style apa itu aku belum pastikan. Masih lagi fikirkan tapi yang penting, pendek dan kemas.
So no more Ammar segala bagai, yang ada dalam hati, nadira. Haha..gile ah layan perasaan macam tu.
Semoga hari yang telah di lalui setengah daripada 12 jam ini telah aku manfaatkan untuk memuji ciptaan Allah, saling mengingatkan satu sama lain, dan sentiasa takut pada-Nya.
Semoga kita masih bersama-sama di dalam Ramadhan ini dan sehingga masa depan yang masih tersisa, dunia semakin cepat terasa berputar, nikmati dengan cara yang bersungguh dan ikhlas.
Dengan masa yang tersisa ini juga, masih ada sihat sakit yang akan di lalui, sabar dan tabah, sihat itu sebagai cara untuk kita terus kekal beribadah, dan sakit itu sebagai peringatan atas dosa yang lalu.
Sabar itu akan buat kita matang
Kay@pantaibatuburok 12.16pm







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)