• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ menentukan arah ]


    Ramadhan memasuki fasa pertengahan, Alhamdulillah, masih istiqomah dalam perjuangan mengharapkan keredhaanNya biarpun pelbagai hakikat harus di terima dengan hati terbuka.

    Bulan Ramadhan ini seharusnya di isi dengan ibadah, saling menasihati dan mengagungkan kuasaNya. Hindari dari nafsu serakah hanya akan bawa dunia kita jadi kelam, hati jadi gelap, hanya mengejar bayang dan mengharap lebih dari apa yang telah di aturkan.

    Kita sudah dewasa untuk memanfaatkan segala, syukur Allah masih sayangkan kita, Dia hadirkan insan-insan yang ikhlas dan luhur hati budi untuk membimbing kita, mengapa masih tidak kita hargai, biar sekadar ucapan terima kasih.

    Aku percaya, Allah perlihatkan segala acara dan peristiwa untuk kita belajar dan menilai sesuatu, meneladani hakikat kehidupan yang fatamorgana, siapa bebas, siapa terbabas, tapi masih ada lorong untuk saling sama berbahas, biar ada seisi pemantau kait berkias.

    Tentukan arahmu sendiri, pastikan arahmu itu berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, jangan sekadar mengikut arus nafsu dan amarah, kerana itu takkan kekal lama.

    Pesanan ini daku bingkiskan, buat insan-insan istimewa, marah bukan tanda aku benci, tapi aku sayang, sayangku kerana Allah.



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)