• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ diari Syawal 1 : kemaafan ]


    Tepat jam 6 pagi, hp aku dah memekik bunyi lagu worldcup. Today is 1 Syawal 1433H. Syukur Allah izinkan aku dan seluruh keluargaku menikmati pagi Syawal ini.

    Di dapur mama n kak long aku dah bangun, adik perempuan aku lak tengah iron baju kurung dia, baju aku x beriron lagi.

    Selesai mandi dan berniat, aku mengerjakan solat Subuh dan bertakbir memuji kebesaran dan keagungan hari yang Allah beri ini. Tersentuh seketika hati aku mengenangkan kesilapan aku yang lalu tapi Allah masih beri peluang untuk aku perbaiki.

    Pagi-pagi ma sediakan breakfast nasi impit, gulai ayam kampung, rendang ayam kampung, lemang jiran depan umah. Huu..terasa enaknya juadah di pagi raya.

    Bertalu-talu sms aku terima pada malam tadi. Ada sms kelakar, sms sajak, puisi, pantun, jawa, banjar, tamil pun ada. Tapi aku tunggu sms kemaafan itu, tak kunjung tiba.

    Susah nak orang kuat hati, memberi maaf dan menerima maaf.

    Hari ini, tema pakaian aku?

    Style middle east, mix dengan arab n pakistan, tema konon nak buat save palestin, sudahnya jadi save budget.

    Haha.

    Kemudian, bergerak ke surau di sebelah rumah ni untuk solat sunat IdulFitri. Khutbah yang di sampaikan mengingtkan kita supaya meraikan hari kemenangan ini dengan mesyukuri nikmat Allah. Bukan kemenangan melepaskan segala nafsu yang terpendam.

    Sampai saat untuk bersalam-salaman. Buat abah dan mama tersayang, terima kasih untuk segala 27 tahun susah payah menjaga saya ini. Juga adik beradik yang sama-sama gelak, sama-sama nangis. Air dicincang takkan putus.

    Selepas pergi rumah nenek di belakang umah, oh ya, belakang umah aku ni umah nenek sebelah abah. Now pergi ke rumah sebelah mama pula di Parit 6, kawasan sawah padi.

    Tepat jam 3 ptg, seluruh family aku menziarahi pusara arwah adik aku dan atuk aku sebelah abah.
    Balik ke rumah, dan berehat sehingga petang. Di sebelah malam, seperti biasa, rumah dipenuhi oleh angkatan saudara mara.

    Aku? Haha..tepat jam 11.30 malam, hidupkan enjin kereta, pergi ke pekan Sabak, dan..bertemu Nasir, Tok E, dan Awey. Geng orang muda. Haha..sembang bola itu ini dan berbagai lagi. Haha.

    Selesai diari hari pertama.

    Kay@tebukpulai 03.00am










    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)