• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ beri masa ]


    hari ini genap dua minggu umat Islan berpuasa, Alhamdulillah, lega dapat menunaikan penuh setakat hari ni walaupun untuk rekod, dah tiga hari tak dapat sahur. dan yang aku tahu, aku akan missed sahur kalau aku xdapat tidur sebelum jam 2 pagi. macam dah di programkan.

    malam ini berterawih di surau depan saje, asalnya nak pegi ke bandar, tapi hitung kira, tak ada apa pun perkara lain nak di buat. so sini sudey.

    teringin malam ni mahu rasa pizza, rasa mengidam. hahaha,tapi tunggu saat dan ketika. mahu meraikan sesuatu yang lebih indah dan bermakna jika rasa gembira di kongsi bersama.

    adakala, ada suatu harapan dari orang lain yang menjadi impian kepada kita, kita gembira bukan kerana apa, kerana semangat untuk menjadi yang lebih baik.

    berikan masa untuk semua kegembiraan ini bertunas dan berkembang, ibarat sepohon bunga yang cantik, perlu di baja dan di siram setiap hari. beri masa bermakna sabar...dan setiap kesabaran Allah janjikan ganjaran sesuai dengan nilai kesabaran kita.

    kegembiraan bukan suatu paksaan, ia juga tak bersyarat, tetapi ia perlu bersyariat. maksudnya? ramai remaja memilih kegembiraan dengan bersosial berlebihan sedangkan kegembiraan itu hanya di sadur secara fizikal, rohaninya kosong, walhal, jika kegembiraan itu di letakkan fizikal dan rohani, aku percaya, kegembiraan itu lebih bermakna.

    kegembiraan itu bukan sekadar mengukir senyum di wajah, tapi mampu berubah kepada lebih baik ^^

    mari balik dan bancuh air sejuk..atau??? lepak kedai atie..duit xbawak..balik jugak..haha..

    kay@gongbadak4 09.33pm



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)