• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ Iftar orang muda ]


    Iftar orang muda ?
    Alhamdulillah.dengan izin Allah, dengan cuaca yang baik dan angin yang tenang.
    Akhirnya Majlis Berbuka Puasa bersama geng orang muda INSTEP 2012 dapat di adakan.

    Pantai Batu Burok, lokasi paling mengasyikkan di Kuala Terengganu ini.
    Mungkinkah aku bakal menjadi sebahagian dari orang Terengganu kelak?
    Wallahuahlam.

    Penganjuran kali ke-3 yang sungguh nostalgic, kepada mereka yang baru mengikuti, pengalaman berbuka di tepi pantai takkan sama berbuka puasa di hotel lima bintang, malah jauh sekali feel dia berbuka di rumah sambil melihat TV3 drama Dia Yang Terindah itu.

    Yang terindah itu apabila mendengar desiran angin yang menolak air Laut China Selatan yang berombak.
    Terasa aku menjadi seorang yang merasakan ombak rindu itu. Hahaha.

    Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang sudi hadir bersama menikmati suasana yang tak mungkin di beli di mana-mana lokasi di dalam dunia ini. Tradisi Iftar orang muda ini tidak berhenti sekadar berbuka, malah ia lebih besar dari itu.

    Saat menunggu berbuka puasa, di sini kita akan menunggu dentuman meriam menandakan waktu berbuka telah tiba, masing-masing membawa juadah masing-masing dan berkongsi rasa satu sama lain. Aku sempat merasa cempedak goreng, sate, kueytiaw, ikan patin tempoyak (pergh...), lauk aku sendiri, nasi beriani ayam masak merah, rasa dia sangat unik. Haha...itulah keistimewaan iftar orang muda, saling kongsi rasa, mengeratkan hubungan silaturrahim.

    Selesai berbuka, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Ladang. Masjid ini semakin cantik dan style, ada lampu biru sepanjang perimeter bangunan. haha..Lepas solat itu, saat paling bermakna di bulan Ramadhan, membayar zakat fitrah.

    Tahun ini, ada 3 kategori, RM 4.50, RM 7.00 dan RM 7.60. Bayarlah mengikut kemampuan kita yang ada. Nescaya Allah akan berkati dan melimpahkan rahmatNya.Bagi member aku, Hasnul, his 1st time bayar zakat untuk diri dia dan isterinya..rasa sweet kot..Tapi bila pulak turn aku nak ada tanggungan. Haha..

    Serahkan urusan itu pada Allah.

    Selepas selesai membayar zakat fitrah, menunggu azan Isya' berkumandang, aku sempat membaca satu nota unik yang aku bawa bersama dalam dompet aku. Tulisan ringkas tapi punyai satu nilai semangat bagi aku. Terasa ianya akan selalu temani aku selepas ini. Terima kasih dan akan di semat di hati ^^.

    Selesai solat Isya dan di susuli terawih malam ke 26 Ramadhan ini, kira-kira jam 10.00 juga habis, singgah minum sebentar dan bersembang soal peribadi ke soal negara. Hebat-hebat kawan aku ini bila bercerita dan aku percaya, semua orang bermula dari biasa untuk menjadi luar biasa.

    Anda boleh menjadi luar biasa selepas anda boleh melangkah setapak dari biasa. Tapi pesan aku, biarlah jadi luar biasa bukan keluar dari kebiasaan.

    Itu yang ramai jadi gila.

    Sampai di rumah, jam 11.30 malam, dan melakukan tugasan seterusnya.
    Sudah masuk waktu Subuh, marilah menunaikan solat.

    dan esok aku harapkan yang lebih baik dari hari semalam.

    kay@gongbadak4. 06.00am









    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)