Alhamdulillah, selesai menunaikan kewajipan dan masih lagi mampu berpuasa sehingga ke saat ini. Tiada keuzuran dicatatkan setakat ini. Semoga mampu istiqomah hingga hari akhir Ramadhan.
sebenarnya aku tidak berapa sihat, sejak semalam lagi. tekak dan hidung tidak selesa, tekak rasa perit dan hidung rasa tersumbat. asalnya, aku mahu pergi ke pejabat, selesaikan segala urusan kritikal di pejabat, namun begitu, kondisi aku sebegini memang buat aku tak larat nak drive di keadaan cuaca yang sekejap terik mendung. berpusing-pusing otak.
sudahnya, aku duduk di rumah, baca blog, baca email, baca facebook. ada post yang best aku like, rasa rajin comment. Mungkin Allah suruh aku rehat dari lihat dunia yang banyaknya lagha.
namun, aku bertuah, punyai teman yang sudi mendengar dan beri nasihat tatkala aku macam ni, biarpun tak tunjukkan sangat, tapi aku faham, dia ambil berat tentang aku juga. nasihatnya aku pegang.
terima kasih, semoga Allah balas budi baikmu. aku senang dan bahagia biarpun pernah aku buat kau terasa.
dalam bahasa omputih, im the lucky laki.
lucky i in love with my best friend
lepas makan panadol soluble,mohon izin untuk lelap seketika.
kay@gongbadak4 0835pm







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)