• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ diari Syawal 3 : kembara ]


    salam idulfitri 1433H untuk hari yang ke -3

    dua posting aku sebelum  ini aku terpaksa update di laptop oleh kerana tablet mengalami masalah hang during update, gara-gara aku update all apps dalam Google Play, so aku terpaksa menunggu sehingga 81 apps yang di install siap di update.

    padan muka aku.

    apapun, aku menulis serba sedikit di dalam laptop ini, janji segala cerita sepanjang Idulfitri ini dapat aku rakamkan untuk tatapan aku di masa akan datang.

    ada yang bertanya, blog ini blog takde ads pun, tak rugi ke kalau ramai yang visit.

    nawaitu aku setakat jam ini, hanyalah berkongsi cerita dan aktiviti aku. tak terjangkau nak buat duit dan cerita aku bukan copy paste artikel orang, ini memang cerita hidup aku.

    sedangkan Allah tak mintak cash sedut oksigen Dia bagi, inikan aku yang menumpang atas bumi dan akal yang di beri. So, ada benda boleh buat duit, ada benda mungkin tak.

    Kalau ada yang boleh di ambil pengajaran dari penulisan aku yang 'ntahpape' ni. Silakan. Tiada sebarang copyright dan charge, cuma aku minta doa berkati hidup aku je. =)

    So balik pada cerita asal, panjang pulak mukadimah kalau menulis guna laptop ni. Haha

    Jam 11 pagi, aku memulakan perjalanan ke rumah Hj. Sabran, pengamal perubatan Islam yang tersohor di kampung aku. Bercerita sambil bertanya khabar, aku sebagai driver untuk family aku mendengarkan cerita itu dan ini, begitu begini.

    Selepas itu pergi rumah saudara mara di Sungai Besar pula. Mencari rumah en. arif dan en.mat askar, takde kat rumah. Huu..

    tepat jam 1.30 tengah hari, menunaikan solat di Masjid Makmuriah Sungai Besar, seterusnya membawa haluan kereta ke Parit 1 Barat, rumah tauke Sate Samsuri paling glemer di Sungai Besar ini.

    Memang langkah kanan, sebab kebetulan masa datang, memang ada baraan kampung dan dia hidangkan sate ayam. Kami tumpang sekaki la merasa sate. Alhamdulillah, rezeki Allah siapa yang jangka kan.

    Terima kasih keluarga en.razak dan puan salamiah, bukan sesiapa pun, saudara sebelah mak yang paling rapat dengan kami juga ini dan baik hati. =).

    Tepat jam 05.30 petang, singgah ke rumah adik ma di Sapintas dan sembang-sembang.

    Adik beradik kalau dah jumpa, bersembang bagaikan riuh seluruh isi rumah,

    Seronok tengok mereka saling rapat dan bekerjasama. Time kenduri along aku pun, diaorang tolong jugak.

    Syukur punyai saudara mara yang saling ingat mengingati.

    Sebelah malamnya, aku macam biasa, lepak di kedai kopi bus stand Sabak bersama Nasir, Cikgu Samad, Tok 'E dan Awey. sembang lagi dan lagi, dan akhirnya balik ke rumah tepat jam 12.00. Kat rumah aku rasa ada orang datang beraya, tapi aku tak sempat nak kenal.

    Selesai 3 Syawal.Alhamdulillah, penat perut makan macam-macam.
    esok ada aktiviti paling besar, tenaga kena cukup.

    kay@tebukpulai 08.00pm






    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)