biasalah, apabila masuk saja time raya, memang aku tak cukup tangan nak menulis dengan tablet ini untuk ceritain segala peristiwa in details. Tambahan pula aku menjadi full-time driver and runner di rumah ini, maka, kejap online menulis, kejap buat kerja.
so, artikel ini adalah ibarat telur rebus tiga suku punya.
tapi penulisan ini dijamin tidak akan menjadikan anda tiga suku.
pagi kedua hari Idulfitri ini.
seperti biasa, apabila ma aku masuk bilik ambil penyangkut baju, itu tandanya dah nak awal pagi. Cepat-cepat aku pergi ke bilik air dan mandi dan siap-siap.
Ayah aku awal pagi dah keluar mencari barang untuk majlis hari ini. Majlis apa? haaa...kat sini orang panggil majlis baraan. Ataupun bagi mereka yang tak pernah dengar, majlis ziarah dari rumah ke rumah bagi kariah surau Batu 1 Tebuk Pulai ini.
Sebelum aku pergi ke rumah pertama, aku singgah sebentar membeli ais di pekan Sabak, juga membeli pisang buat alas perut. By right, memang kelaziman aku akan makan pisang pada raya kedua, ketiga dan keempat pada awal pagi. Macam rutin hidup rasanya dalam setahun sekali ini.
Rumah pertama adalah rumah imam surau, Hj. Hamid, tapi dia dan isteri tiada sebab pergi menunaikan umrah. Rezeki dia tahun dan bulan baik ini. Tumpang rasa gembira. Giliran aku dan keluarga aku akan aku susuli kemudiannya.
Selama hampir 3 jam dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari tadi, aku berjaya menawan 9 buah rumah, nampak macam sedikit, tapi disebabkan jarak rumah antara satu sama lain berjarak sedikit, maka masa banyak dihabiskan di atas jalan bergerak dari sebuah ke sebuah. Barang kali kena buat monorail bagi senang nak uruskan kan.
Haha,
Sampai sahaja di rumah aku, menu bihun goreng menjadi hidangan, entah apa yang buat aku terlena selepas dari baraan ini, tau-tau jam dah pukul 1.30 petang. Ingatkan aku nak follow sampai habis kat rumah aku, sudahnya terlena diulit intan.
Menanti penghujung petang, saudara mara dari Perak datang berkunjung ke rumah aku. Memang betullah, ada saudara mara yang diri dan kakak tak kenal, pernah satu tragedi kat pasar awam, aku senyum kat sorang pakcik tu, dia tegur aku tapi aku senyum, dia cakap 'anak Arshad kada panandu kulaan wahinik' (kiranya aku tak kenal la saudara mara sendiri)..malu jejugak sebab ada anak dara dia kat sebelah, jatuh saham. hahaha.
Pesan aku, korang kalau ada saudara mara datang, kenal-kenal la.
Sebelah malamnya saudara sebelah ayah aku pulak datang, sembang sana sini, gelak gelak, pastu part tanya 'anak kamu yang lelak itu bila nak kawin?'
hari ini aku memang kepenatan sangat dan diari 2 Syawal noktahkan di sini.
adoi.
kay@tebukpulai 0130 malampagi








0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)