buat pembaca budiman
maaf semalam tidak sempat untuk aku menulis untuk di tatap.
semalam aku sibukkan diri dengan melakukan tugasan harian,
sebelah malamnya aku menunaikan solat Tarawikh dan seterusnya ke bandar,
temankan si Sanusi yang nak repair handphone yang dah masuk air masin.
Degil, aku dah cakap tak leh nak repair nak usaha cuba jaga jugak.
Padan muka. haha.
semalam juga ada sesuatu yang menyentuh hati dan perasaan.
tak pernah terfikir, tak terlintas, takkan terbayang,
biarpun aku pernah nyatakan hasrat,
dan akhirnya selepas solat Asar itu, buat aku seakan tidak percaya sehingga sekarang.
apakah itu tanda semakin hampir?
atau Allah hadirkan suatu ujian untuk aku kembali.
menjadi seorang ketua, menjadi pemimpin
bukan untuk diri sendiri, malah kepada keluarga
barangkali.
masih terlalu awal untuk berbicara
masih punya waktu, bak kata orang lama.
kata hanyalah sebagai pemula,
di pertengahan itu baru di namakan hidup.
usah terlalu mengharap setinggi langit, tapi aku percaya
Allah telah aturkan sebaiknya.
Insya-Allah, semoga di pelihara segalanya.
Amiin..
kay@gongbadak4 08.04am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)