Syukur
Masih di pinjamkan nyawa oleh Allah hari ini,sampai saat ini.
Ikut hitung kira, sudah seminggu kita berada di bulan Syawal.
Ramai yang bergembira, riang menyambut salam dan maaf.
Sanak saudara,rakan taulan, ahli keluarga sendiri.
Berapa banyak hitung masa telah kita isi untuk meraikan semua ini?
Yang terisi masa itu dengan syariat atau maksiat?
Nawaitu goyah, memuji sambutan rumah terbuka, dengan hiburan, lelaki perempuan berebut juadah dan bersalam.
Pemimpin hiprokasi dan tiada batas.
Hikmah Aidilfitri Minal Aidin Wal Faidzin sekadar di atas kertas, bukan dalam jiwa.
Tanpa sedar, kanak-kanak di bumi bertuah Melayu ini bermain mercun membakar duit membazir hingga ribuan ringgit Malaysia, sekadar mahu dengar bunyi dentuman, bunyi bergema di kaki langit dan bercahaya waktu malam. Bergembira.
Nah, jiwa-jiwa kosong, pergilah di Mesir sana. Lebih asli bunyinya, alang-alang terburai isi perut, pecah otak, hancur tangan. Kali ini ia bukan membazir, malah ianya syahid demi agamaMu Islam.
Apa bandingnya Aidilfitri mu dengan perayaan agama lain jika hanya kegembiraan tanpa rasa tawadduk dan hormat kepada Allah. Merayakan dengan pakaian menjolok mata. Tiada menutup aurat. Apakah ini nilai Syawal umat Islam?
Bapak borek anak rintik.
~kay@baturakit.1851hrs~







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)