masih awal pagi Jumaat, cuaca baik-baik sahaja
ini adalah tarikh 30/8 dan esok adalah hari kemerdekaan negara ke 56. Tahniah Malaysia di atas ketenangan yang masih ada. Memang di akui awal bulan tadi di rencanakan pelbagai kes jenayah ekstrem, aku pun rasa seram sejuk nak pergi ke mana-mana, tapi yakinlah pada janji Allah.
Malaysia sudah 56 bebas damai, sejarah ada yang jelas dinyatakan, tetapi aku percaya ada juga sejarah yang tidak sempat di khatamkan oleh mereka terdahulu lalu cuba di bukukan, aku merasakan ada yang menangguk di air keruh demi menjaga kelangsungan hidup. zaman edan ini, ras bangsa dan dialek, menjadi pembeza keputusan dan sokongan.
kadang-kadang, jiran sebelah berbalah, sokong yang salah, maki yang betul.
Apapun, generasi kecil hari ini yang memikul amanah besar di masa hadapan, ada perkara berjaya pada zaman ini harus di kekalkan, mana yang salah dan menyimpang, ajarkan mereka supaya membina laluan benar,
merasakan jiwa kemerdekaan rakyat ini kosong? biasa bagi mereka-mereka yang dihanyutkan dengan kemajuan tanpa tiang seri, usah cakap pasal patriotik, menghafal Rukunnegara belum tentu betul susunannya.
orang muda, ada bahagian dia suka, ada tempat dia bantah, jadilah pendengar dahulu sebelum menghukum. menjadi pemimpin memang sukar, tapi bukanlah alasan untuk mengharap sokongan dan semua harus patuh menerima arahan.
terkilan kadang-kadang dengan kenyataan yang aku kategorikan tidak cerdik. orang ni pandai, tapi bila tak study or buat homework, dia tidak cerdik.
redha untuk 5 tahun lagi, tapi itulah bangsa, muda lupa, terlupa dan akhirnya melupakan.
~kay@gongbadak






generasi Y zaman kita, lepas ni, generasi Z, lebih mencabar
ReplyDelete