• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ chelsea vs manchester united ]


    selamat pagi jam 3.04.

    waktu aku start menulis.
    terjaga semula setelah berada dalam mode lena dari jam 8.30 malam hingga. 1 pagi tadi. ��

    selesai menulis ini, mahu menunaikan solat Isya`. lepas itu, ada berfikir mahu keluar mencari sesuap nasi buat isi perut untuk berniat puasa sunat keesokan harinya.

    pagi ini juga ada game Chelsea vs Manchester United. Jangan tanya aku sokong mana, sebab jawapannya jelas di sticker kereta aku. (carilah sendiri).

    tapi, mahu menonton, kedai mana la bukak pagi-pagi macam ni. kedai mapley pun kat bandar nak drive dalam masa 20 minit. huu...

    rumah aku of cos takde astro. haha. malas nak subscribe sebab takde sape nak tengok, balik dah lewat malam saje.

    hidup ini, ibarat game bola juga, setiap pemain ada peranan.
    hidup ini juga pasti ada lawan kita
    hidup ini membezakan lawan atas padang adalah warna jersi, begitu juga,hidup.

    hitam jahat, putih baik. orang dulu-dulu umpamakan.
    kalau kita cedera, pasti ada pengganti kita,
    kalau menang, orang raikan macam dewata raya.
    bila kalah, maki sampai kering tekak.

    adat bertanding, adat hidup.
    yang penting, selalu beri sumbangan dalam permainan,

    biar satu masa jadi lagenda,
    menjadi bahan rujukan,
    generasi akan datang.

    ~kay@gongbadak



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)