assalamualaikum.
sedar tak sedar, sudah lebih dari 10 hari aku tidak update travelog aku ni.
sebab aku tak travel mana selepas balik hari tu.
sampai hari ini, pergi kerja balik kerja, tup tup dah pertengahan Syawal.
patut pun bulan penuh malam tadi.
pagi ini aku luangkan masa untuk menulis sambil menyiapkan tugasan kerja untuk hari Isnin nanti. Peperiksaan untuk student tak lama je lagi.
Kerja semakin bertimbun, aku tak terdaya nak uruskan pelbagai jadual yang sangat ketat.
hari ini adalah hari yang sepatutnya aku raikan, hari untuk memanjakan diri sendiri, menikmati apa yang aku inginkan, pedulikan orang yang berkata aku makan banyak ke, debab ke, chubby ke, sebab aku tau diri aku yang sebenarnya.
itu baru erti merdeka, bagi aku merdeka ini satu simbolik penghargaan kepada diri sendiri dan diterjemahkan dalam bentuk kekitaan. Setiap orang ada pencapaian mereka yang tersendiri, merdeka pada diri sendiri lebih berbaloi dan pada itu kita ada motivasi untuk membantu pengekalan kemerdekaan negara.
terdetik hati ini seketika, 3 tahun kebelakangan ini, sambutan merdeka di pandang suram. entah apa silap dan kurang, dan aku sendiri tidak begitu excited, meraikan dalam diri sendiri. Aku sendiri melihat, mereka yang terlibat dalam aktiviti kemerdekaan sahaja akan excited buat itu dan ini.
Sedangkan masa zaman aku sekolah dahulu, sampaikan sekolah hias dari kelas ke bangunan, kantin ke padang, kalau kedai-kedai tu apatah lagi,,meriah la.
Hakikatnya sekarang tak kelihatan langsung. Sudah hilangkah jiwa kibaran Jalur Gemilang itu?
atau mood raya sudah hari ke-15 ini buatkan segalanya jadi sepi?
di mana erti merdeka kita sebenarnya? yang aku lihat di bandar Kuala Terengganu, hanya kelihatan motor-motor anak muda berkonvoi melanggar lampu merah dalam segerombolan besar buatkan jalan yang sepatutnya melintas terpaksa memberikan laluan.
ibaratnya merdeka ini tanpa ada peraturan dan penghormatan antara satu sama lain.
itu cerita pasal motor, di KL sana, di Penang sana, di Shah Alam sana,, lebih dari itu barangkali, ramai juga gadis berpacaran dengan lelaki dayus 'menghunus keris' tanda si gadis merdeka terkulai di pangkuan lelaki durjana, baru nampak jantan, baru nampak wanita elegan.
dunia akhir zaman.
pesanan untuk diri aku sendiri.
merdeka itu segala yang kita rasa.
seperti kata naim, slogan sepatutnya bukan janji ditepati, tetapi menepati janji.
betul.
kay@gongbadak4 09.03 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)