• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ life & soul ]


    Alhamdulillah, sekian lama tak menulis, rasa rindu itu datang balik.

    Bukan tak mahu menulis, kadangkala mood membataskan, jika sewaktu Ramadhan ada masa senggang itu sempatlah mengarang, sekarang ini bila dah kerja menimbun, balik malam, memang kepenatan ya amat.

    lantas pejamkan mata.

    begitu juga hari ini, semakin hari aku lalui kehidupan dengan rasa semangat, penuh rasa kematangan, pengalaman lalu dijadikan panduan, yang baik aku teruskan dan sampaikan, yang buruk, aku tinggalkan dan dihapuskan dari lekuk ingatan.

    sengaja Allah ciptakan pengalaman agar kita lebih bersedia. bisa mampu mencoretkan segala peri cerita agar ia mampu untuk digalas oleh sesiapa yang Allah kehendaki.

    kehidupan aku sekarang perlu lebih bertanggungjawab. aku harus positif dan pantas memberi respons. lebih vibran, kerana aku telah ada komitmen dan aku yakin aku perlu berubah demi masa depan yang lebih baik.

    jam tepat jam 12.00 pagi. masa untuk pejamkan mata bagi seluruh umat manusia di Malaysia.

    separuh dari hari aku hari ini memenuhi undangan rakan sepejabat untuk majlis perkahwinan anak masing masing. Rumah En.WanSu di Gong Badak dan di runah En. Ghafar, kegembiraan jelas di wajah mereka yang menyambut menantu dan anak masing-masing.

    itulah fitrah adam & hawa, disatukan dalam rahmat Illahi.
    aku percaya, aku akan ikut serta suatu masa nanti.

    jangan pernah kata yang negatif pada diri sendiri, kerana seluruh anggota kita punyai perasaan juga. bukan sekadar hati.

    gambar untuk tatapan malam ini sebelum pejamkan mata.

    selamat malam dunia, kau,yang teindah,
    bagi aku, membaca buatkan kita lebih memahami sesuatu perkara.



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)