• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    [ semua isi hatimu ]


    assalamualaikum...

    hari ini hari Jumaat, penuh barakah dan pengajaran buat semua muslimin dan muslimat.
    aku berada di pejabat, menunaikan amanah dan tanggungjawab demi anak bangsa,
    menguruskan amanah yang diberi oleh masyarakat luar sana.

    pagi ini, hati aku terusik, entah kenapa, rasa memerlukan seseorang yang boleh aku kongsi cerita, rasa gembira, rasa seronok, mengharapkan ada yang dapat mengerti serba sedikit.

    tapi, hampa, tiada yang memandang itu.
    atau aku yang terlalu obses mengharapkan semua berlaku sepantas kilat.

    tentu sekali tidak mampu.
    bila aku fikirkan balik, mana mampu semua orang mengikut rentak kita.

    ada yang mampu mengejar kita selaju kita,
    ada yang terdaya mengikut kita sekadar yang mampu
    ada yang sekadar melihat kita bergerak.

    apapun, bawalah dia bersama, bila dia mampu laju, maka percepatkan langkahnya,
    bila dia tidak mampu selaju itu, tunggulah ia dan pimpinlah dia.
    dia hanya manusia biasa, berikan peluang untuk dia mengatur langkah bersama-sama

    bersabar dan bertahan, Allah akan jaga perasaan itu.
    hati ini tak pernah berubah. kerana hanya ada satu dan itu sahaja yang ada.

    -----------------------------
    Tak bisakah engkau cuba
    Melihat diriku dan semua cintaku
    Tak bisakah engkau cuba
    Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu

    Cubalah tuk mengerti aku
    Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
    Cubalah tuk merasakanku
    Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
    ---------------------------------

    kaykhairul 11.58pm @ INSTEP



    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)