• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    jiwa di Facebook


    selamat hari minggu di Terengganu. minggu pertama 2012 berlalu sudah. Alhamdulillah. untuk aku, berjalan seperti yang di rancang, biarpun kena marah beberapa hari lalu. Salah aku juga, lesson learned, give the actual number to your boss. Haha. Asam garam dunia kerjaya yang memerlukan kepantasan untuk bergerak dan membuat keputusan.

    malam ini adalah malam untuk berhimpun secara aman di McD Bandar Hiliran ni. bertemankan facebook yang di tatap setiap hari. tidakkah sebenarnya kita jadikan ia sebagai diari kita dan kita baca juga diari orang lain. ikut hitung kiraan, hampir 2 tahun aku berdampingan dengan aplikasi ciptaan MZ.

    perlu aku kongsikan satu perkara. jika di lihat dari sudut fungsi fb ini, positifnya sama banyak dengan negatif kerana ianya tergantung pada nawaitu kita juga. kadangkala kita berkongsi ilmu, kadang meluah perasaan, ada juga jadi tempat adu domba, ada juga jadi tempat melepas nafsu. segala terletak pada hujung jari kita dan tetikus yang digerakkan.

    aku terbaca satu dapatan yang mengatakan banyak similariti FB ini dengan Western Wall of Juruselem. Jika dalam bahasa mudah fahami, dinding ratapan. Sila google sendiri kerana aku percaya korang dah cukup celik nak guna Google tu.

    selepas ini, aku takkan panggil wall sebab ia mirip dinding ratapan. jadi panggil saja post area. boleh juga kan.

    FB adalah dunia baru manusia di muka bumi. yang palsu jadi asli, yang hina jadi mulia, yang patuh jadi ingkar, yang kental jadi dayus.

    Allah dah jadikan kita sebaik kejadian. Hargai diri sendiri bermakna anda hargai ciptaan Allah.


    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)