
beri maaf dan minta maaf. sudah dua hari aku tidak masuk aplikasi BlogIt! di telefon pintar ini. cepat sungguh masa berlalu. sekarang pun dah hari Rabu. esok sudah Khamis.
maafkan untuk jasad aku sendiri kerana bekerja kuat seharian hari ini, masuk jam 8.30 pagi balik jam 8.30 petang. hari ini segala report perlu disudahkan kerana esok adalah meeting endorsement keputusan peperiksaan.
harus ketahui bahawa masa setiap kita tetap sama. masing-masing 24 jam. tak lebih seminit, tak kurang pun seminit. tetapi mengapa masih kita kata kita tidak cukup masa? ke manakah masa-masa itu hilang?
apa ertinya 2012 kali ini jika kita sama sahaja seperti dahulu, lagi celaka kalau tahun ini kita lebih teruk dari tahun terdahulu. tetapi, berbahagia jika mampu lebih gemilang pada tahun ini.
di berikan tombak dan pedang. lalu aku menghabiskan masa untuk sesuatu di gambar di bawah ini.

Bismillahirahmanirrahim..







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)