
setelah 6 tahun. aku kembali ke Library Sungai Besar. owh. nostalgia itu datang balik. tiada apa sangat yang berbeza cuma koleksi buku semakin banyak aku lihat. di sinilah tempat aku habiskan masa time hujung minggu zaman sekolah rendah. bukan baca buku, tapi join aktiviti kanak-kanak. bercerita, menyanyi, main catur, macam-macam dengan kakak along aku.
di sini jugak la tempat cintan cintun monyet aku mula. hahaha. mana ntah budak yang selalu aku usha dulu tu, aku pun tak tahu. di sini juga aku pernah hentak sorang budak sekolah rendah pasal nak curi beg aku kat rak beg. time ni aku dah form 4. pecah gigi aku kerjakan. saksi cerita itu abang yazid library. sampai tercirit budak tu aku sepak terajang. basikal dia aku campak kat parit. ikut hati dah nak mintak abang yazid call polis. tapi ntah camne setel gitu je.
sekarang dah tak macam dulu. library kosong. couple penuh. meja untuk 4 orang. duduk 2 orang. dulu time aku, kami kongsi meja walaupun sebelah aku tu budak cina amoi sebab penuh time hari minggu, sangat seronok. adakah facebook lebih mengujakan berbanding buku yang tebal-tebal?
dan tujuan aku ke library ini pun nak siapkan tugasan pejabat yang maha urgent. itu ini minta sana sini. adoi. pengsan. suasana sangat sunyi.
bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang gemar membaca. hancur tamadun jika bangsanya tiada ilmu di jiwa.
syukur







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)