• "Pengalaman Dari Bercakaran dan Bersalaman"

    hari Jumaat minggu akhir 2011 yang mendung


    <

    hati ini penuh dengan rasa sejuk. hari ini juga sejuk. hujan renyai-renyai sepanjang hari Jumaat. uhuk-uhuk, esok sudah mahu pulang ke Kuala Terengganu.

    perisitiwa 2011 banyak suka duka kehidupan. bak kata Altimet, ada yang sial, ada yang bertuah, ada yang gagal, ada yang berjaya. kali ini jangan ceritakan tentang azam kerana azam aku boleh berubah setiap hari.

    harapan 2012 adalah tahun yang lebih cemerlang buat semua. sesungguhnya orang yang berguna adalah orang yang sentiasa lebih baik dari semalamnya.

    lepas solat Jumaat ini tidak tahu lagi arah tujuan. apapun, durian Sungkai adalah sasaran malam ini. jadi, harapan hujan bawa rezeki bagi mereka-mereka di luar sana.

    menu lunch hari ini adalah ikan keli bakar cicah kuah asam. tapi hujan lebat ni macam mana nak bakar. aduhai

    dan tiadalah Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia


    0 comments:

    Post a Comment

    saya menghargai setiap butir bicara kalian =)