Alhamdulillah. semalam aku sempat menghadirkan diri ke kuliah maghrib special anjuran surau di kampung batu dua tebuk pulai. even badan dan otak dah penat bagai sayur lunyai, tapi oleh kerana dengar ada 'bos' lama aku yang bagi kuliah, so aku ambil peluang ni.
suprisingly when i came to the surau, i saw Prof Aziz Bari, wah..bukan calang-calang orang ada dalam kuliah maghrib ni. Apapun yang aku nak kongsi adalah sebahagian perkara yang aku ingat :
1. suatu peristiwa yang mana baginda Nabi Muhammad SAW naik ke langit dengan buraq dan malaikat. malaikat pergi dengan iman, tiada nafsu. maka malaikat hanya patuh menjalankan perintah Allah SWT. bagi buraq pula, makhluk ini tiada iman, tetapi ada nafsu. nafsu untuk makan, minum, berehat, berpasangan dan sebagainya
Tetapi, istimewanya Nabi Muhammad SAW diciptakan di mana ia ada iman, ia juga ada nafsu. dan kerana itu Allah letakkan amanah pada Rasulullah SAW untuk mentadbir agama sebaiknya, dan kita sebagai khalifah menuruti dan meneruskan hingga hari ini.
2. jika kita menderma, hindarilah sifat menulis 'hamba Allah' kerana nilaian derma dan sadaqah itu atas nama kamu sendiri sebagai saham akhirat. apapun, perangai masyarakat kita, derma seringgit, malu punya pasal, tulis 'hamba Allah' . kalau bagi seribu, barulah minta buat mock cheque siap nak letak nama lagi. sungguhla duniawi.
sebagai penutup kuliah maghrib itu tadi, kami di hidangkan Nasi Arab Gulai Kawah,tok penghulu belanja. hehehe.
[ sesungguhnya ilmu bukan pada buku semata, ia pada langkah ]







0 comments:
Post a Comment
saya menghargai setiap butir bicara kalian =)